Tampak kemas, berprinsip dan berintegriti itulah yang dapat dikatakan kepada Abd Alim Shapie Calon Perikatan Nasional N.27 DUN Merlimau.

Manakan tidak, beliau sebelum ini merupakan seorang yang berkaliber dalam industri perbankan lebih senior berbanding calon lain.

Semestinya Bersih, Berintergriti, dan Bebas Rasuah sudah menjadi amalan kerja beliau.

Kewujudan beliau pada pentas kali ini adalah kehendak pimpinan tertinggi yang memilih calon-calon dengan syarat-syarat tertentu.

“Apatah lagi PAS yang sangat ketat dalam memilih calon-calon yang mewakili Parti. Apatah lagi PAS yang memiliki keistimewaan memiliki satu entiti terpenting dlm Parti iaitu Majlis Syura.

” Jadi, Saya dipilih adalah kerana ini adalah keputusan drp Parti, bukan atas kehendak sendiri. Dan saya selaku ahli, patuh kepada arahan Parti,” katanya.

Menurutnya beliau menasihati semua supaya meneliti dan bijak dalam memilih siapa yang bakal mewakili mereka di dalam Dun Merlimau.

” Kami daripada PAS yang mewakil Perikatan Pasional (PN) mempunyai ‘track record’ yang baik sepanjang kepimpinan Parti mentadbir negara.

” Contoh, di Kelantan yang zero kes rasuah menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mampu menawarkan pemimpin yang lebih berintergiti, bebas rasuh, dan mampu menawarkan penyelesaian bagi setiap permasalahan rakyat,” .

Pada masa sama beliau berharap dapat membantu masyarakat Merlimau dalam beberapa isu seperti banjir, isu pekerjaan, dan keperluan anak muda seperti peluang pendidikan yang lebih baik.

“Dengan izin Allah, saya telah diberi amanah oleh parti untuk berkhidmat demi rakyat Melaka, khususnya orang kampung. Semoga amanah serta perjuangan ini di rahmati Allah. Bagi orang kampung, doa serta sokongan anda amat dihargai,”

#MelakaPilihPN
#KerajaanPrihatin
#PerikatanNasional
#IslamMenyatukanUmmah