Hati mana tidak gusar apabila bangun sahaja pagi, teman sebantal isteri yang disayangi telahpun dijemput Ilahi. Itu antara pengalaman perit terpaksa dilalui oleh seorang lelaki yang turut berada di hujung usia.

Mulai esok pagi itu akan terus dilalui setiap hari oleh lelaki ini, jiwa masih lagi direnggut sepi mengenangkan saat saat manis berdua membesarkan anak -anak berdua.

Walaupun hari yang mendatang perlu dilaluinya dengan tabah, dengan sokongan sekelliling. Haji Bakri Jamaluddin yakin sedikit masa yang diluangkan bersama lelaki ini dapat meredakan kesepiannya.

Alhamdulillah, pakcik ini tunduk sugul sambil membiarkan air mata bergenang, dan mengutip kata-kata semangat hidup dari Bakri.

“Sama-sama kita doakan arwah semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. “

“Saya cuba berikan semangat kepada seorang penduduk yang baru kehilangan isteri pagi ni.

“Kematian ni rahsia tuhan.
Andai kita tahu pagi ni masanya, nescaya kita akan beramal sehingga nafas terakhir.

“Tetapi, kematian ni Allah rahsiakan untuk menguji hambanya.
Ada dua saja pengakhiran kita, husnul khatimah atau su’ul khatimah.
Amalan kita yang akan menentukan.

“Semoga kita tergolong dalam kalangan orang beriman.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mah bt Hassan dan Amah bt Talib.

Al-Fatihah.

Calon N14
Hj Bakri Jamaluddin
Penyatuan Ummah, Cita-cita Bersama

#MelakaPilihPN
#KerajaanPrihatin