Hati Melayu mana tidak tersentuh apabila melihat, mendengar, merasakan bait-bait kata penuh hikmah bercakap soal kebenaran alam sekitar dalam bahasa kebangsaan di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland.

Perasaan gembira, itu yakni wujud selepas melihat kemunculan susuk tubuh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, petah berbicara dengan segak bersuit hitam dan berkopiah jelas menunjukkan identiti bangsa walaupun di khalayak dunia.

Secara langsung, membuka dunia, dengan ucapan salam, seterusnya potongan ayat Surah Al Rum, menunjukkan Malaysia hanya sebuah negara kecil, tapi mempunyai wawasan dan matlamat besar bagi mengangani perubahan iklim antarabangsa seiring dengan tuntutan Islam.

Tuan Ibrahim mengetuai misi delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.

Walaupun hanya menyampaikan harapan dan matlamat Malaysia selama tiga minit di pentas dunia namun ianya sangat bermakna menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat global.

Beliau dijangka akan menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders’ Declaration on Forest and Land Use) dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge) dalam usaha mengembalikan iklim asal bumi kepada yang sepatutnya.

Kemunculan Tuan Ibrahim itu sekali gus menutup mulut banyak pihak yang membidasnya kerana tidak hadir ke acara berkenaan.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya terciduk, apabila menjangkan Tuan Ibrahim tidak hadir pada persidangan kerana tidak berbahasa Inggeris.

Nyata Tesesa Kok, dimalukan apabila kehadiran Tuan Ibrahim sekali gus menunjukkan jati diri bangsa dan Bahasa Melayu yang selama ini sangat ditakuti oleh DAP.

Tamat