Ramai seakan terpesona melihat kepetahan Menteri Alam Sekitar Dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berbahasa kebangsaan walaupun di pentas antarabangsa di Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB.

Setiausaha Majlis Syura PAS, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengucapkan tahniah kepada Tuan Ibrahim atas usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di pentas dunia.

Menurutnya pejuang kini bersyukur Bahasa Melayu sudah mula menyinar di gelanggang antarabangsa.

“Para pejuang bahasa Malaysia dalam negara mula melihat sinar pada usaha memperkasakan bahasa Malaysia.

“Ada yang ekstrim mengaitkan kemahiran berbahasa Inggeris dengan kemahiran mengurus dan mentadbir sedangkan kemahiran mengurus satu perkara manakala kemahiran berbahasa satu perkara yang lain pula.

“Tanpa dinafikan kepentingan kemahiran pelbagai bahasa, menggunakan bahasa Malaysia dalam acara rasmi sepatut menjadi amalan bagi memperkasakan akar bangsa dan negara,” katanya.

Tamat