Jiwai kerja sukarelawan bentuk peribadi unik Calon Perikatan Nasional daripada PAS bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi DUN Serkam, Ahmad Bilal Rahudin berkempen secara santai.

Dalam keadaan situasi pasca COVID 19, pemimpin perlu berada di kawasan kenali mereka dalami masalah masyarakat sebaik mungkin dan semestinya anak tempatan mampu meringankan jiwa mereka.

Ahmad Bilal sudah tidak asing dalam gerak kerja kesukarelawanan ini memandang tinggi keperluan masyarakat setempat.

“Saya sendiri anak jati di dalam kawasan DUN Serkam ini, kampung saya dan juga tempat saya bermain sejak kecil sahabat dan saudara mara. Semua ada di sini.

“Jadi sedikit sebanyak kita tahu dengan rintihan dan keluhan rakyat bawahan apa masalah yang berlaku.

“Kita akan cuba berusaha dengan baik bagi memastikan rakyat di bawah dapat kita tunaikan dengan sebaik yang mungkin,”

Menurutnya beliau, Ahmad Bilal menetapkan misinya kepada pengundi DUN Serkam untuk memberikan khidmat yang terbaik dan menyelesaikan masalah masyarakat di situ jika beliau diberi peluang menjadi wakil rakyat.

“Saya tidak ada masalah untuk berkempen dalam suasana norma baharu kerana pengundi telah berada dalam suasana ini hampir dua tahun.

“Walaupun Serkam ini majoritinya adalah kawasan kampung tetapi untuk kempen atas talian, ia bukan perkara yang asing bagi pengundi di DUN Serkam ini,” tambah Ahmad Bilal.

Ahmad Bilal juga sangat dikenali penduduk kampung kerana sering terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan di sekitar DUN Serkam apatah lagi Serkam adalah tempat ia membesar.

Pada masa sama, beliau turut menyokong usaha berkempen menggunakan kaedah media baru yang mampu memastikan penularan pendamik COVID-19 dipatahkan.

Cara itu sebagai memastikan penularan wabak Covid-19 di negeri ini lebih terkawal.

Sejak hari pertama berkempen, beliau mempromosikan dirinya kepada pengundi DUN Serkam dengan menaiki kenderaan bersama seorang pemandu dan pembantunya.

“Saya tidak ada masalah untuk berkempen dalam suasana norma baharu kerana pengundi telah berada dalam suasana ini hampir dua tahun.

“Walaupun Serkam ini majoritinya adalah kawasan kampung tetapi untuk kempen atas talian, ia bukan perkara yang asing bagi pengundi di DUN Serkam ini,” tambah Ahmad Bilal.


Selain itu, memperbanyakkan kempen di media sosial untuk memperkenalkan dirinya sebagai calon yang bertanding di DUN Serkam dan disebar luas menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram dan semua platform media yang ada.

Ahmad Bilal juga sangat dikenali penduduk kampung kerana sering terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan di sekitar DUN Serkam apatah lagi Serkam adalah tempat ia membesar.

Tamat