Setelah lima hari berlalu Hari penamaan calon bagi PRN Melaka. Persaingan dari tiga blok parti utama Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang akan bertanding beberapa penjuru, dari tiga penjuru hingga ke enam penjuru semakin hari semakin sengit. Setiap hari, calon-calon dari setiap parti sibuk berkempen untuk menarik perhatian pengundi di Kawasan masing-masing. Dengan SOP yang ketat, setiap calon terpaksa berkempen secara norma bahru dan luar kotak.

Tumpuan semasa pemerhati politik bukan sahaja tertumpu kepada senarai calon malah spekulasi mengenai bakal ketua menteri, malah siapa watak penting yang melatari calon-calon ini.

Terdengar bisik-bisik di kedai kopi bahawa PRN kali ini sebanarnya adalah pertandingan di antara Bossku, Abah dan Cikgu.

Bossku dilihat sedang cuba membuat “come back” (kembali semula) ke arena politik. Munculnya beliau di atas pentas pada hari pengumuman calon telah menenggelamkan tumpuan terhadap Tok Mat, Timbalan Presiden. Sememangnya namapun Boss. Bila Boss dah ke hadapan, yang lain-lain ikut dan akur sahajalah.

Abah pula dilihat sedang menyusun regu gandingan. Ini pertandingan yang pertama buat pasukan Perikatan di Semenanjung. Formula gandingan sedang dicuba. Ini adalah cabaran besar buat Abah.

Manakala Cikgu pula dilihat sedang mengendurkan ketidaksepakatan di dalam Pakatan. Cabaran besar baginya untuk mensucikan label “katak” yang selama ini menjadi bahan sumpahan Pakatan. Dalam kalangan ahli parti, ada yang tidak berpuas hati. Dalam kalangan sekutu politik, pun sama, sehingga memboikot sidang media Pakatan.

Pengundi Melaka mahu pilih yang mana satu?

Bossku? Abah? Cikgu?

TAMAT