Bagaimana hendak kewujudan satu kesatuan padu sekiranya sistem pendidikan dah diasingkan sejak awal?

Perkara perlu dirungkai satu persatu, sehinggakan sejarah negara ditolak ketepi semata- mata mempertahankan UEC daripada tanah besar China.

Memetik kata kata Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah “Saya berani mengatakan, inilah rata-ratanya jenis bangsa saya yang ada di negara kita ini. Mereka lebih menguasai agenda bangsa berbanding agenda negara. Inilah realiti ultra kiasu yang sering saya perkatakan. Malangnya, tidak pernah diambil kisah,”

“Jika benar pun dia warganegara Malaysia, lahir dan bersekolah di bumi bertuah ini, maka inilah contoh produk SJKC yang dibangga-banggakan oleh Persatuan Cina, seperti Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong.

“Kenapa persatuan ultra kiasu ini tidak pernah ambil kisah soal keupayaan bangsa mereka sendiri dalam menguasai agenda negara? Tetapi, bila dalam soal menuntut hak, bukan main lagi agresif,”

Tamat