Sumber protein terbesar biasanya mudah didapati di pasar, terutamanya ikan dan makanan laut. Kebiasaanya nelayan bertarung di lautan dalam lebih tujuh ke lapan jam semata-mata mencari rezeki untuk ditolak kepada peraih.

Risiko utama di lautan dihadapi nelayan termasuklah bergelumang ombak besar, cuaca buruk, hujan serta ribut yang mendatang yang boleh mengancam nyawa.

Namun pulangan yang dapat kepada nelayan tidaklah sebanyak mana, itulah yang dijuangkan oleh Cikgu Aziah calon DUN 01 Kuala Linggi Melaka.

Cikgu Aziah sering kali turun melihat suasana di pasar Pasar Awam Telok Gong bertanya khabar sambil menjalankan projek NGO untuk kepentingan anak nelayan setempat. Kedengaran ramai mengenali susuk tubuh ini.

“Nak cari ikan murah dan segar mai sini cikgu”.

Itulah yang dikongsikan penduduk tempatan disini. Saya sempat juga bertanya dengan pengunjung yang datang membeli disini. Rata-rata memang suka membeli disini kerana murah dan segar.

Lokasi: Pasar Awam Telok Gong

Calon N01 Kuala Linggi
Cikgu Aziah Saad

#MenggalasPerubahan
#KembalikanKegemilanganKualaLinggi
#PRNMelaka
#KeluargaMalaysia
#IslamMenyatukanUmmah