Melalui corak atap masjid utama di Melaka dapat semua simpulkan negeri ini satu masa dulu gah sebagai pusat agama, ilmu, pusat perniagaan, pusat pertembungan kebudayaan serta perabadan berbagai bangsa.

Melihat seni bina reka bentuknya mempunyai berbagai pengaruh bangsa yang berdagang serta berasimilasi dengan penduduk setempat.

Reka bentuk bumbung lima lapis asalnya daripada senibina budaya Melayu Islam Nusantara yang membawa makna rukun Islam. Antara masjid berkenaan ialah Masjid Fathul Rahman Pengkalan Rama serta Masjid Serkam Pantai.

Selain itu turut dibina Masjid Pulau Melaka, yang menggabungkan berbagai rekabentuk , Melayu, Cina, India, Arab serta Turki.

Berbagai lagi masjid dapat ditemui bumi serambi Mekah seperti Masjid Cina yang menggabungkan berbagai konsep rekabentuk tradisi China mengenang kembali rombongan Laksamana Cheng Ho ke bumi Hang Tuah.

Oleh itu Cikgu Aziah sangat menyanjung tinggi keperluan untuk penyatuan ummah, tanpa mengira bangsa dan agama. Hari ini beliau beramah mesra bersama peniaga-peniaga Cina di Kuala Linggi pagi ini.

“Penyatuan Ummah, Cita-Cita Bersama Melaka Bertuah, Agama Bangsa Terbela”

Calon N01 Kuala Linggi
Cikgu Aziah Saad

#MenggalasPerubahan
#KembalikanKegemilanganKualaLinggi
#PRNMelaka
#KeluargaMalaysia
#IslamMenyatukanUmmah