Meneroka minat anak muda dianggap penuh warna-warni kerana mereka kini sentiasa mecetuskan revolusi idea baharu dalam gelombang era teknologi kini.

Kebanyakkan mereka mahu berusaha sendiri tidak lagi bergantung makan gaji dengan syarikat mega namun mereka rela bermula daripada bawah.

Contohnya yang boleh kita lihat kini, sekiranya mereka minat akan sesuatu hobi misalnya mereka mampu perkara tersebut sehingga menjadi sumber pendapatan mereka.

Menerusi kajian tertentu, industry ikan hiasan jenis beta, yang sebelum ini sepi kembali rancak selepas penglibatan daripada anak muda. Walaupun kebanyakkan mereka hanya bermula dengan minat, tetapi akhirnya mampu menjana pendapatan lumayan sehingga dapat dieksport ke luar negara menggunakan kaedah jualan maya.

Tidak cukup dengan itu, yang hanya bermain permainan video online, turut menjadikan ianya sebagai mata pencarian utama.

Sistem industri kini mula berubah, sistem digital menjadikan mereka lebih dikenali disamping menjana ekonomi.

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Klebang, Haji Bakri Jamaluddin mahu membawa misi ini untuk anak muda.

Carilah apa yang anda minat kit kembangkan payung ekonomi serta jana pendapatan melaluinya.

Calon N14
Hj Bakri Jamaluddin
Penyatuan Ummah, Cita-cita Bersama

#MelakaPilihPN
#KerajaanPrihatin