Pihak lawan masih lagi ekstrem dengan tradisi gasar, merosakkan poster, tiang bendera serta kain kain rentang Pakatan Nasional (PN) yang dipasang sebagai promosi pilihan raya.

Walaupun hanya tinggal lagi seminggu sebelum pilihan raya, bahan promosi Perikatan Nasional (PN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana didapati dirosakkan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau menerima aduan daripada petugas mengenai kerosakan poster, kain rentang dan tiang bendera PN pada Sabtu.

Menurutnya, kejadian itu mengecewakan PN dan pihaknya menganggap situasi itu tidak sepatutnya berlaku kerana mengganggap semua parti mengamalkan politik matang.

“Saya telah mengarahkan jentera pilihan raya PN menyiasat jika ada kerosakan di DUN-DUN lain. Jentera Perikatan Nasional sedang memeriksa jika kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Laporan akan kami buat kepada pihak berkuasa sekiranya kami mendapati ada unsur samseng dalam kempen ini,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasmi beliau.

Tamat