Amat diharapkan semua pengundi dapat memberi komitmen terbaik keluar mengundi dan tidak mengabaikan SOP yang telah ditetapkan.

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Durian Tunggal, Ja,afar semua pihak diharapkan dapat menunaikan tuntutan membuang undi sebaik mungkin tanpa melakukan undi protes.

Ini kerana ada sebilangan mulai bosan dengan politik oleh sebab itu pengundi perlu memilih siapa yang layak diangkat sebagai pemimpin, mampu memegang amanah.

“Selain itu, saya dapati rakyat bimbang dengan penularan wabak Covid-19, dalam masa sama berlaku juga isu anak-anak yang bekerja di luar kawasan melarang ibu bapa mereka keluar mengundi.

“Harapan saya supaya warga Durian Tunggal keluar mengundi. Undilah yang terbaik. Benci, atau marah, tetap perlu keluar mengundi,” katanya tadi.

Menurut Ja’afar, setiap rakyat adalah individu yang bertanggungjawab untuk menentukan siapa pemimpin mereka.

Katanya, jika rakyat gagal untuk menjalankan tanggungjawab itu, masalah yang dihadapi rakyat ketika ini tidak akan dapat diselesaikan.

“Pilihlah pemimpin yang layak, akhlaknya baik dan kita yakin dia boleh membantu kita.

“Jika sekadar bising di luar, tidak mengundi, tidak menjalankan tanggungjawab, ini tidak selesai masalah kalau bukan ahlinya yang memimpin,” katanya.

Malah tambah Ja’afar, rakyat akan terkesan, kemudian menyesal dan terus merungut tanpa dapat keluar dari masalah yang dihadapi mereka.

“Saya memang harapkan untuk mereka keluar mengundi. Terutamanya pengundi muda, andalah penentu kepada politik hari ini,” katanya.

Ja’afar mewakili Perikatan Nasional akan bertanding empat penjuru di DUN Durian Tunggal. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, DUN Durian Tunggal dimenangi oleh calon dari Pakatan Harapan (PH).

Tamat