Yang tua dihormati, yang muda sayangi, itulah pepatah menggambarkan kehidupan seharian DUN Serkam. Keadaanya tenang, mambawa tradisi penduduk di sini.

Belum lagi diceritakan kehangatan asam pedas warisan tradisi yang pastinya menangkap jiwa semua, tak kira bangsa mahupun agama.

Sebagai anak tempatan Ustaz Bilal calon Pakatan Nasional, tidak asing lagi memenuhi jemputan dengan SOP baru ini.

Menurutnya jemputan perlu dipenuhi kerana ianya hajat mereka yang menjemput katanya.

“Sebagai salah seorang penduduk di sini, saya amat peka dengan tradisi di sini yang amat-amat mementingkan budaya Malaysia yang aman sejahtera. Semoga budaya yang baik menjadi asas perpaduan dalam kalangan warga Serkam,”.

Ini kerana dasar asimilasi budaya menjadi kunci utama kesepaduan penduduk di sini. Mereka walaupun berlainan bangsa berkerjasama tanpa dalam satu gabungan tenaga.

Keadaannya seperti yang biasa kita lihat di majlis kenduri Malaysia, tetamu dari berbagai bangsa, kerana jiran itu perlu dijaga hubungannya walaupun berbeza agama.

“Di Serkam ini lauk tempatan yang disediakan bukan biasa-biasa. Asam Pedas Tetel dan Pisang Masak Lemak menjadi juadah istimewa kali ini.

“Bagi saya, makanan tradisional mesti terus dikekalkan demi menjaga keaslian budaya kita,”

“Tenang sungguh hati saya apabila melihat senyuman yang terukir di wajah Pak Cik Ahmad semasa sedang menikmati juadah.

“Menariknya, Pak Cik Ahmad merupakan Ketua Cawangan PAS Bukit Tembakau. Terima kasih kerana menjemput saya bersama-sama beramah mesra dengan petugas-petugas di UDM Bukit Tembakau,”

Tamat
#UstazBilal
#NafasBaruSerkam
#MelakaPilihPN
#SerkamPrihatin
#MelakaPrihatin