Sehingga kini masih lagi wujud tanda tanya besar apabila blok lain berdiam diri enggan membuat pengisytiharan akujanji bebas rasuah.

Perkara ini membimbangkan rakyat serta pengundi kerana calon enggan membuat akujanji berkenaan, adakah mereka berhasrat untuk terpalit dengan najis busuk berkenaan? Itu jadi persoalannya.

Kini tiga pimpinan bertanding, hanya pimpinan Abah, berani mengambil tanggungjawab berkenaan dengan 28 calon PN PRN Melaka telahpun tandatangani aku janji perangi rasuah.

Pilihan masih lagi terbuka sebelum 20 November ini, siapa berani tunjukkan mereka bersih, telus dan berintegriti.

Ini bukan suatu ugutan rakyat, tetapi lebih kepada tanggungjawab anda sebagai bakal pemimpin, rakyat bosan apabila Ada isu berbunyi PRN Melaka asalnya bermula dari isu kes bolot projek, royalti pasir Melaka.

Sehinggakan Ahli Dewan katanya hilang keyakinan pada pemimpin yang rakus, ibarat makan dengan pelahap sambil mata masih menjeling projek-projek lain yang boleh dibolot.

Rakyat tak mahu sejarah memerintah berdekad-dekat atas ketuanan bangsa tetapi tangan terpalit NAJIS bermula dari atas sehinggalah di peringkat bahagian.

Itu belum lagi selesai dengan ahli majlis tertinggi mereka masih lagi dah sabitan kes mahkamah akibat bermandikan NAJIS RASUAH.

Politik perlu lebih bersih, bukannya berbaur ugutan, bukannya dengan ayat siapa paling lama, bukannya dengan ayat mereka lebih awal makan garam.

Kerana garam jugalah ramai mereka yang mati darah tinggi buncit perut hasil RASUAH. Kita juga tak mahu politik perkauman.

Nak menangkan satu kaum, tenggelamkan satu kaum, sedangkan kita perlu bersatu, mereka yang memerintah semuanya mempunyai sejarah , audit dan nilaikan sendiri.

Kita Pemilih Tanya Sama Boss, Tanya Cikgu, Bila Lagi Nak Istihar Bebas Rasuah.

Bravo ABAH dan pasukannya dari Perikatan Nasional.

PRNMelaka

MelakaMemilih

.