DUN Durian Tunggal jika sebelum ini sering kali dinaiki air banjir disebabkan sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik.

Oleh itu, Ja’afar Othan, calon PAS-Perikatan Nasional (PN) salah satu isu yang beliau akan ketengahkan dalam kepen pilihan raya DUN Melaka kali ini ialah masalah banjir yang sering melanda beberapa kampung dalam DUN terbabit.

“Kita ada 4 atau 3 kampung termasuk Bukit Tambun, Pulau dan Belimbing Dalam yang biasanya kena banjir.

“Punca utama banjir kilat itu selain hujan turun dengan lebat adalah erana saliran tidak diselenggara dengan baik,” katanya

Justeru beliau akan membawa perkara tersebut kepada pengetahuan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

“InshaaAllah kita akan hubungi Ustaz Tuan, mungkin ada peruntukan yang boleh digunakan bagi mengelakkan bergenag dengan air bah, lebih dari dua kali setahun,” katanya

Selain itu, beliau menekankan, ‘Selamat’ membaawa maksud rakyat dapat hidup dalam keadaan aman, denan segala infrastruktur yang dbangunkan.

“Sihat dariipada pula membawa makna, rakyat Durian Tunggal sihat daripada pelbagai penyakit termasuk Covid-19 yang sedang melanda dunia,

“Dan maksud sejahtera itu ialah, masyarakat Durian Tunggal mempratikkan kebaikan Islam dalam kehidupan mereka,” katanya semalam.

Tamat