KUALA LUMPUR: Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti, Perikatan Nasional (PN) melancarkan ikrar bagi parti itu.

Ikrar tersebut merupakan manifesto PN bagi rakyat Melaka sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan negeri di Melaka.

Dalam ucapannya Muhyiddin menjelaskan, Melaka Bangkit Gemilang merupakan tema ikrar PN dalam PRN Melaka kali ini.

PN juga berikrar akan membawa perubahan besar dalam pentadbiran kerajaan negeri sekiranya dipilih untuk membentuk kerajaan.

PN juga berikrar akan membawa perubahan besar dalam pentadbiran kerajaan negeri sekiranya dipilih untuk membentuk kerajaan.

“Perikatan Nasional telah merangka satu tawaran yang inklusif dan menyeluruh untuk rakyat Melaka bagi memastikan tiada yang terpinggir

“Justeru PN telah melancarkan ikrar yang bertunjangkan enam teras utama dan ia bukan omongan kosong dari kami.

“Ikrar ini adalah suara kami jika membentuk kerajaan bagi memastikan Melaka Bangkit Gemilang dengan pentadbiran yang berintegriti,” katanya ketika menyampaikan ucapan pelancaran Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka.

Antara tunjang dalam ikrar PN untuk Melaka ialah keutuhan ekonomi bagi melonjakkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi.

Selain itu tunjang lain dalam ikrar PN untuk Melaka adalah keprihatinan kepada rakyat bagi mewujudkan persekitaran masyarakat sejahtera.

“Tunjang ketiga merupakan kerancakan sektor pelancongan bagi menaikkan kembali indutri pelancongan di negeri Melaka.

“Yang keempat pula ialah kelestarian alam sekitar bagi mendepani cabaran perubahan iklim bagi memastikan rakyat Melaka hidup dengan alam sekitar yang bersih.

“Kecekapan infrastruktur merupakan tunjang kelima dalam Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka bagi kesejahteraan rakyat Melaka.

“Manakala keteguhan dan kejujuran dalam pentadbiran merupakan tunjang keenam bagi memperkasakan pentadbiran kerajaan Melaka,” katanya lagi.

Muhyiddin menegaskan PRN Melaka merupakan peluang terbaik bagi rakyat negeri itu membuat perubahan bagi memastikan kepimpinan berintegriti dipilih.

Jelas beliau, Melaka perlu diterajui kerajaan yang berintegriti bagi memastikan kekayaan negeri dapat dinikmati rakyatnya.

Muhyiddin juga menjelaskan, sebuah Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan akan ditubuhkan dan dianggotai anak jati Melaka daripada golongan profesional dan berpengalaman.