Ramai diantara kita kini kurang mengambil berat berkenaan disiplin. Walhal disiplinlah yang menjadikan seseorang itu mempunyai akhlak mulia menepati masa.
Disiplin juga membantu diri daripada berlaku korup, kerana disiplin itu merupakan intergriti yang perlu dipeluk tinggi bukannya hanya dipegang separuh jalan.
Punca berlaku rasuah dalam pentadbiran ini berkait rapat dengan disiplin. Tiada intergriti menyebabkan Kota Melaka runtuh kerana wujudnya watak Si Kitol yang membuka pintu kota untuk pencerobohan pengganas Portugis.
Watak Si Kitol ini wujud disebabkan tamak halobanya mereka yang mahukan jawatan tanpa memikirkan nasib rakyat yang akhirnya menanggung derita. Seperti mana watak penjenayah komunis yang masih lagi bercita-cita merampas bumi ini.
Oleh sebab itu, perlu dipilih mereka yang jujur, amanah, berdisiplin tinggi, mempunyai politik, patriotik dan cintakan negara, agama serta bangsa. Ingat kita pernah susah, pertahanan tanah ini, tiba-tiba muncul sekumpulan pengganas mahu mengaku kononnya mereka yang berjuang sedangkan mereka menumpahkan darah bangsa ini.
Calon DUN Taboh Naning, Cikgu Hashim berkata, selain dari kehebatan dalam ilmu pendidikan, ilmu yang penting adalah ilmu soft-skills terutamanya ilmu kepimpinan.
Ilmu kepimpinan ini akan membantu dalam semua urusan hidup, sama ada dalam alam pekerjaan mahupun kehidupan seharian.
Dengan ilmu kepimpinan ini, anda akan mempunyai added value yang sukar diketepikan oleh bakal majikan dan memudahkan peluang pekerjaan anda insyaAllah.
“Pengalaman saya berkhidmat dalam Askar Wataniah sehingga jawatan tertinggi saya sebagai Pegawai Pemerintah Batalion Askar Watahiah Daerah Alor Gajah sangat banyak mengajar saya selok belok kepimpinan.
“Anak muda, jom bersama saya!
Pemimpin yang bagus akan menunaikan tanggungjawabnya. Tunaikan tanggungjawab kepimpinan anda dengan turun mengundi 20hb nanti, boleh ke sangat boleh? ,”
#mesraprihatinberintegriti
#melakapilihperikatan
#kerajaanprihatin
#undicikguhashim
Tamat