Pendekatan Negeri Kedah dalam usaha memerangi ekonomi gelap seperti arak dan judi membuahkan hasil apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghentikan kelulusan lesen premis judi di seluruh negeri Jelapang Padi itu melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Majlis Syura ‘Ulamak mengambil maklum dan mengalu-alukan tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Tindakan dalam ruang lingkup kuasa yang ada pada kerajaan negeri ini selaras dengan kaedah Fiqh yang menyebut “sesuatu yang tidak dapat
dilaksanakan semua tidak ditinggalkan sebahagian besar daripadanya”.

“Majlis Syura ‘Ulamak juga mengalu-alukan keputusan Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri yang mengehadkan penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam sahaja khususnya di kawasan PBT yang tiada permintaan ke atas minuman keras.

“Ia juga merupakan satu usaha yang sangat baik bagi menghalang kemudaratan harta dan sosial berlaku kepada rakyat. Malah, Majlis Syura ‘Ulamak menyeru rakyat dan kerajaan tidak lagi menjadikan judi sebagai sumber pendapatan dan ekonomi bagi mengekang dan memerangi ‘ekonomi gelap’.

“Hal ini kerana fakta menunjukkan bahawa arak menjadi salah satu punca kemalangan maut akibat pemandu
mabuk serta memberikan implikasi kehilangan nyawa dan kecederaan bukan sahaja kepada mangsa bahkan keluarga selain kepentingan awam,” katanya dalam siaran akhbar tadi.

Menurutnya Majlis Syura Ulama, tidak ada mana-mana agama di dunia ini yang membenarkan penganutnya berjudi.

“Islam pula melarang keras umatnya terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan arak dan judi.

“Majlis Syura ‘Ulamak sentiasa mendokong usaha baik mana-mana pihak bagi melahirkan masyarakat yang lebih aman, makmur dan terhindar dari segala musibah yang berpunca daripada arak serta judi,” katanya.

Tamat