Semua bagaikan terpaku seketika apabila mendapat berita rakan baik ditimpa kemalangan.

Calon PRN Melaka, DUN Serkam, Ustaz Bilal terus ke lokasi kejadian kerana bimbang berlaku sesuatu kepada sahabatnya.

“Terkejut saya apabila mendapat berita seorang kawan baik mengalami kemalangan semasa saya dalam perjalanan untuk sarapan pagi.

“Saya dan tim terus berhenti ke tepi jalan. Kami datang untuk melihat situasi semasa yang berlaku sambil memghubungi ambulan untuk bantu mula.

“Sampai sahaja di lokasi, kami mengawal lalu lintas bimbang kenderaan laju menyukarkan ambulans untuk mengambil mangsa,” katanya pagi tadi.

Menurutnya beliau bersyukur pihak ambulans telah datang untuk memberikan pertolongan kecemasan.

Pada masa sama, teruja rakyat tempatan amat cakna dengan situasi dan terus menghubungi pihak ambulans segera.

Inilah bukti perpaduan rakyat Malaysia semakin kukuh.

“Satu yang saya lihat masyarakat tempatan perlu dilengkapi dengan ilmu bantu mula bagi mengawal sebarang situasi buruk berlaku.

“Terutamanya berlaku kejadian kecemasan, kemalangan, sesak nafas di tempat awam. Sekurang-kurangnya pelajaran asas untuk Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) sebagai contoh bagi menyelamatkan nyawa.

“Insyaallah kursus begini akan diadakan terutamanya untuk golongan belia, sert masyarakat awam,” katanya.

“Saya mendoakan semoga kawan saya cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

#UstazBilal
#NafasBaruSerkam
#MelakaPilihPN
#SerkamPrihatin
#MelakaPrihatin