“You setuju tak suami you jadi pemabuk dan kaki judi ?,” Itu persoalan yang ditanya oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad, selepas wartawan FMT sengaja membuat provokasi semalam.

Tindakan seorang wartawan online FMT, sengaja membuat provokasi terhadap Idris Ahmad menerima padah apabila terus ‘menuduh’ isu penutupan kedai judi dan arak akan menjejaskan hak bukan Islam di Malaysia.

Idris Ahmad dengan tenang hanya bertanya semula sama ada wartawan berkenaan setuju atau tidak sekiranya suaminya merupakan kaki judi dan pemabuk membuatkan dia mula berfikir semula.

Lebih biadap wartawan berkenaan tanpa etika kewartawanan menggasak Idris Ahmad tanpa memperkenalkan diri secara beradap.

Tidak kurang dengan itu, wartawan berkenaan enggan bertutur dalam bahasa kebangsaan sehingga ditegur beberapa kali oleh orang ramai supaya menggunakan bahasa Melayu dalam pertanyaan rasmi.

‘You setuju tak kalau suami you kaki judi?’

Soalan yang dijawab dengan soalan setelah YB Ustaz Idris telah dengan sopan menjawab bahawa judi ini bukan amalan mana-mana agama apatah lagi dijadikan budaya.

Wartawan berkenaan seolah bengang sebab suaminya dijadikan contoh, sedangkan inilah hakikat sebenar yang judi telah merosakkan banyak institusi kekeluargaan.

Ini kerana, wanita perlu dilindungi di Dalam Islam, namun wanita jadi mangsa amukan suami yang berhutang dengan amalan judi.

Kanak-kanak menjadi mangsa amarah ibu ayahnya kerana tekanan hutang yang kaki judi. Ada yang bunuh diri sebab selalu kalah judi.

Yang kaya, tokey-tokey judi, yang membayar cukai terbanyak semasa zaman PH pada 2018.



Soalan semudah, ‘you setuju tak kalau suami you kaki judi’ ini, adalah gambaran bagaimana seorang pemimpin perlu selamatkan semua keluarga di Malaysia supaya menjauhi judi dengan takluk kuasa yang ada!



Jangan di provok dengan kepentingan politik dengan memangsakan rakan-rakan bukan Islam seolah judi ini adalah budaya dan hidup mereka!

Kasihani anak-anak, isteri dan suami rakan-rakan kita dengan selamatkan mereka daripada bergelumang dengan tahi judi, dan inilah perjuangan PAS untuk rakyatnya!

Tamat.