Menyingkap sorotan laluan hidup seorang manusia insani pastinya wujud guru bersamanya. Guru tetap seperti biasa, berkereta biasa, rumah biasa, gaji biasa, namun kudratnya luar biasa.

Idea seorang guru diakui luar biasa. Usaha seorang guru turut diperakui sangat luar biasa. Mereka insan luar biasa, namun adunan tangan mereka melahirkan generasi luar biasa.

Sejak dahulu sehingga kini, guru merupakan agen penggerak jati diri bangsa. Ingatkan kita zaman sebelum merdeka, merekalah pelopor utama kemerdekaan bangsa dan negara.

Madah kata keluar dari mulut mereka umpama azimat dipegang anak bangsa hingga lahirnya pemimpin berkaliber kini. Namun mereka masih seperti biasa, tidak sombong, tidak ego, hanya menanti kepulangan anak bangsa untuk menjadi insan.

Kenapa kita tidak menaruh kepercayaan pada seorang guru, sedangkan kita melihat potensi mereka dalam memimpin pimpinan ilmu serta masyarakat.

Sehingga kini guru tetap disanjung tinggi, dalam masyarakat kenduri kendara merekalah kepala tukang masaknya. Hal perihal perkahwinan, merekalah kepala bicaranya. Dalam rukun tertangga, mereka jugalah dilantik sebagai juruauditnya.

Dengan anak muda? Merekalah paling kenal hati benak jiwa anak muda. Guru yang mendidik mereka, nyata gurulah mampu menjadi pemimpin mereka.

Ya, anak muda dan remaja sememangnya dekat dengan jiwa Cikgu Hashim. Siaplah mempersiapkan anak muda dengan berbagai ilmu di DUN Taboh Naning ini.

Selain sebagai pendidik beliau juga terlibat sebagai pengerusi Masjid dan aktiviti sukan di zaman muda.

Keperluan anak muda menjadi perhatian kerana mereka adalah masa depan bangsa dan negara.

#mesraprihatinberintegriti
#melakapilihperikatan
#kerajaanprihatin
#undicikguhashim