Lim Kit Siang, hari ini lagi menyiram api dari laman Facebook rasmi miliknya. Posting baru, lagi tidak sampai satu jam, berbahasa Inggeris, mungkin untuk liputan sebaran lebih luas, kononnya mencari sokongan pemabuk, kaki judi, serta kaki maksiat.

Individu ini bagaikan watak antagonis yang tidak asing lagi menolak hak – hak Islam dan Bumiputera dalam perlembagaan, kini mula sibuk mencari kekuatan daripada kalangan pemabuk dan kaki judi samata – mata sebagai buah panas Pilihan Raya Melaka.

Sudah terang lagi bersuluh, sudah diberikan hak tertentu buat mereka yang bukan Islam minum arak dan berjudi, namun masih lagi meminta lebih daripada itu.

Tidakkah si tua mengambil faham Malaysia ini agama rasminya Islam, Yang secara total menolak arak dan judi. Tak perlu nafikan hak itu. Namun atas hal keperluan bukan Islam mereka masih lagi boleh minum arak, masih lagi boleh berjudi cumanya di tempat yang dikhaskan.

Takkan perlu korbankan kepentingan majority atas kepentingan minoriti? Cuba balik dan hadamkan, lagipun penyokong arak serta judi ini masih terikat dengan kontrak sosial yang diberi kepada individu Lim Kit Siang serta pengikutnya ini.

Ya rukun negara negara menekankan soal kesopanan dan kesusilaan. Wujud lagikah sopan dan susila apabila seseorang itu mabuk? Yang pasti tidak.

Statistik menunjukkan kejadian kemalangan maut akibat pengaruh alkohol begitu tinggi. Begitu juga dengan kes judi, menanggung rugi, runtuhnya institusi keluarga.

Tamat