“Terima kasih kerana menolong saya semasa kejadian itu” itu hanya kata diucapkan oleh mangsa kemalangan En Khairani ketika di ziarahi oleh Calon DUN Durian Tunggal, Ja’afar Othman.

Menurutnya dia terharu apabila selepas kejadian itu, Ja’afar Othman sanggup meluangkan masa bagi menziarahinya selepas kemalangan tempoh hari.

“Saya terharu sangat, apabila Ja’afar sanggup menolong saya, memghubungi ambulan dan menunggu sehingga semuanya selesai walaupun beliau dalam keadaan sibuk untuk berkempen.

“Hari ini beliau masih lagi meluangkan masa menziarah sambil bertanya khabar bimbang sekiranya keperluan saya perlukan.

“Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada beliau,” katanya.

Sementara itu, Ja’afar berkata, itu sudah menjadi tanggungjawabnya dalam membantu orang dalam kesusahan tanpa mengira waktu serta usia.

“Saya hanya harapkan semoga Khairani  segera sembuh dan dapat bertugas seperti biasa.

Sumber : Berita RTM

#jakpo4duriantunggal
#melakamemilihpn
#PerikatanNasional
#MelakaPilihPN
#AbahSayangMelaka