Ramai wanita kini keluar dari kotak pemikiran hanya duduk di dapur. Trend ini berubah sejak tahun 1990. Walaupun tidak bekerja namun sifat keusahawanan mereka sangat terlerlah.

Sebelum ini, wanitalah mula menjual kuih, nasi lemak di tepi jalan. Kalau di Melaka, merekalah antara pemegang saham terbesar industri makanan dan dapur keluarga.

Manakan tidak, jika dahulu mereka bermula dengan jualan parti Tupperware, dan Avon serta berbagai jenis jualan langsung. Kemudian mereka melangkah ke hadapan menggemudi perniagaan gerai kuih bakar, tempahan kuih raya, kedai asam pedas, jualan cencaluk, gula Melaka, dodol serta manisan lain.

Itu belum dikira mereka yang menceburkan diri menjadi tulang belakang pengasas produk kecantikan dan kesihatan, wanita mampu mengolah dunia dengan sifat keusahawanan mereka.

Itulah yang diperkatakan apabila seorang usahawan wanita dengan perniagaan roti kukus miliknya. Kak Yana Roti Kukus Klang, cukup terkenal di seluruh bumi Hang Tuah ini.

Aroma sekaya pandan cukup membuatkan mereka yang datang termimpi – mimpi sehingga datang kali kedua. Tekstur roti lembut gebu dan berongga itu indah bila dicicih dengan sekaya membuatkan perut mulai lapar.

Kak Yana mula berniaga setelah suami beliau hilang punca pendapatan. Asalnya, Kak Yana menjual aksesori gajet seperti ‘casing’ telefon pintar dan sebagainya tapi Kak Yana mula beralih angin kepada perniagaan roti kukus setelah menyedari ‘demand’ atau kehendak masyarakat sekitar lebih tertumpu kepada makanan berbanding peralatan dan aksesori elektronik. Iyalah, siapa saja tak suka makan kan!

Sebelum mula berniaga, Kak Yana bekerja di hotel memandangkan Kak Yana sendiri merupakan seorang lepasan sijil perhotelan.Tetapi selepas mendapat zuriat kedua, kata beliau selaku seorang ibu, beliau berhasrat untuk mengasuh dan menjaga anak-anak beliau dengan lebih dekat maka beliau berhenti bekerja di bidang berkenaan dan mula berniaga pula.

Calon DUN Serkam, Ustaz Bilal akan mengangkat martabat usahawan serta peniaga kecil sederhana (PKS) untuk diberikan tumpuan serta bantuan modal menerusi peruntukan kerajaan.

“Saya amat menggalakkan para belia untuk sama merancakkan ekonomi DUN Serkam, kita akan dapatkan bantuan walaupun untuk mereka yang bermula dari bawah.

“”Kak Yana, minta tips dan nasihat sikit untuk usahanita lain yang nak mula berniaga ni.”

Kak Yana sempat berpesan dan menyampaikan hasrat kepada golongan usahanita muda di luar sana yang masih takut-takut untuk mulakan perniagaan, jangan takut! Kata Kak Yana; asam garam perniagaan, akan ada jatuh bangun, akan ada waktu kita rugi dan akan ada waktu kita untung. Tetapi dengan tawakkal, rasa sabar dan syukur kepada Allah, akan ada rezeki yang Allah aturkan untuk kita. Ma sha Allah, hebat semangat Kak Yana!

“Saya jadi terinspirasi sama untuk terus komited membantu dan cakna terhadap golongan usahanita kita yang sedang giat mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga. Benarlah orang kata, di belakang seorang lelaki yang hebat, adanya seorang wanita yang kuat. Hebatnya sesebuah negara mestilah tidak lain tidak bukan kerana hebatnya wanita-wanitanya.

Semoga terus berkembang dan maju perniagaan Kak Yana!

“Nafas Baru Serkam”

Teruskan bersama kami dengan info terkini Ustaz Bilal di Facebook dan Telegram 👇👇

Jom SUBSCRIBE channel :

Telegram N26 Ustaz Bilal
https://t.me/ustazbilal

Like & Follow FB Page Ustaz Bilal
https://www.facebook.com/UstazAhmadBilal

#UstazBilal
#NafasBaruSerkam
#MelakaPilihPN
#SerkamPrihatin
#MelakaPrihatin