Kadang-kala teringat kata-kata daripada Ir Bung Sukarno, dimintanya hanya 10 pemuda, untuk menggoncang dunia. Ya nampak ringan idea orang muda.

“Beri aku 10 pemuda, maka akan kugoncang dunia! , beri aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya,”.  

Kelebihan yang muda ini sebenarnya mudah dibentuk, mudah menerima revolusi dan pembaharuan berbanding 66 tahun sekadar di atas menjadi boneka taikun-taikun penting mengkhianat bangsa dengan najis rasuah.

Orang muda yang berilmu lebih telus, mempunyai ribuan idea, semangatnya tinggi, tenaganya kuat dalam usaha pembentukan sesebuah negara bangsa.

Kekuatan Islam juga banyak berkisar berkenaan pemuda, sejak zaman penghijrahan Baginda munculnya sahabat pemuda seperti Mus’ab bin Umair, Usamah bin Zaid yang semuanya mendapat kepercayaan penuh Baginda.

Nabi Muhammad sangat meraikan pemuda pemudi yang berani kerana mereka ini merupakan tulang belakang negara.

Kita kini sedang membentuk generasi seperti Sultan Muhammad Al Fateh, raja sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-tentera membentuk generasi berakhlak, mempunyai misi dan visi tinggi.

Misi itulah yang membawa Ustaz Bilal Calon DUN Serkam sampai ke pentas ini, cita-citanya membentuk anak muda yang mampu menjana pendapatan negara serta kualiti hidup lebih baik.

Ustaz Bilal Rahudin – seorang yang tidak asing bagi masyarakat Serkam. Beliau dikenali dengan sikap peramah dengan orang di sekelilingnya. Seluruh lapisan masyarakat selesa dan senang dengan beliau.

Semestinya peribadi graduan dari Yaman ini merupakan hasil tarbiyah daripada pengalaman berpencak dalam badan persatuan. Alhamdulillah, dalam usaha mengenali Ustaz Bilal baru-baru ini kami diberikan peluang untuk menemu ramah isteri beliau iaitu Ustazah Shahirah.

Menurut Ustazah Shahirah, pada zaman belajar, suaminya ditaklifkan dengan posisi Presiden Kesatuan Pelajar Yaman. Dengan taklifan tersebut beliau menggilap lagi kemahiran suaminya dalam kepimpinan.

Bak kata pepatah; “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pepatah ini kena dengan diri Ustaz Bilal. Beliau sejak di zaman belajar lagi sudah menceburi medan kepimpinan dan pengurusan. Tiada medan yang lebih mematangkan diri seseorang selain daripada medan persatuan.

Ia adalah medan yang di mana seseorang akan menghadapi pelbagai perkara yang akan membantunya membina sahsiah dan karakter.

Perjalanan beliau dalam medan persatuan tidak berakhir di peringkat menara gading sahaja. Seusai lengkap pengajiannya di Yaman, beliau meneruskan khidmatnya di tanah air. Beliau berkhidmat dengan Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka (DPPNM).

“Ustaz selalu sibuk dengan program pemuda, selalu tiada di rumah”, kata Ustazah Siti Shahirah. Walaupun begitu, Ustazah Siti Shahirah tetap memberikan sokongan dan galakan kepada suaminya. Beliau juga merupakan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka bagi sesi yang lalu. Dengan pengalaman yang beliau peroleh ketika zaman belajar beliau mengamalkannya dalam gerak kerjanya dalam masyarakat.

Selain daripada berpencak di badan persatuan beliau juga merupakan seorang mutawwif. Beliau berpengalaman dalam membawa jemaah haji dan umrah. Kata Ustazah Shahirah lagi, “sekiranya jemaahnya ramai, beliau akan bertugas selama 2 minggu setiap bulan”.

Di samping bertugas sebagai seorang mutawwif beliau juga mempunyai pengalaman dalam penjualan kurma. Betapa gigihnya Ustaz Bilal melaksanakan komitmen dan taklifan yang diamanahkan kepadanya. Inilah kriteria yang perlu ada pada seorang calon Pilihan Raya. Kriteria ini semestinya akan diteliti oleh para pengundi.

Oleh itu, sama-sama kita menyokong Ustaz Bilal dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini demi masa depan Melaka yang lebih baik.

“Nafas Baru Serkam”

Teruskan bersama kami dengan info terkini Ustaz Bilal di Facebook dan Telegram

Jom SUBSCRIBE channel :

Telegram N26 Ustaz Bilal
https://t.me/ustazbilal

Like & Follow FB Page Ustaz Bilal
https://www.facebook.com/UstazAhmadBilal

#UstazBilal
#NafasBaruSerkam
#MelakaPilihPN
#SerkamPrihatin
#MelakaPrihatin