Jika berkunjung ke Melaka, rugilah sekiranya tidak ke Perigi Hang Tuah di Kampung Duyung. Kampung ini banyak berkisarkan berkenaan kisah awal kehidupan laksamana hebat itu.

Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah (Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.

Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu (sekarang dipanggil Padang Temu).

Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.

Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah.

Jika Hang Tuah mendapat tuah di kampung berkenaan, seharusnya itu yang diimpikan oleh Calon DUN Duyung, Datuk Kamarudin Sidek membina kembali kehebatan kampung berkenaan.

Kini kampung berkenaan sepi, tambah lagi apabila industri pelancongan beku selama hampir dua tahun. Jadi inilah masanya kembali menghangatkan kembali ekonomi penduduk kawasan berkenaan.

Rata-rata mereka kebanyakkannya peniaga kecil oleh itu perlukan satu revolusi baru serta suntikkan modal serta promosi bagi pembagunan ekonomi.

Tidak terhenti setakat itu, dalam usaha melakukan perubahan itu, satu perkara berkenaan perubahan perlu diambil cakna. Program tebatan sungai serta perparitan perlu ditambah baik bagi memastikan tidak lagi berlaku banjir seperti tahun sebelumnya.

Melaka yang sebelum ini pernah bergelar serambi Mekah akan kembali mengegarkan pentas keilmuan. Kelas tambahan perlu disistemkan. Sebahagian pelajar harus diberikan kelas percuma (tidak mampu)

ISLAM PENYATUAN UMMAH

Undilah Calon PERIKATAN NASIONAL
N21-DUN DUYONG-DATUK USTAZ KAMARUDIN BIN HJ SIDEK.
‘KEPIMPINAN BERSIH & BERINTERGRITI’

PRNMelaka

MelakaMemilih

MelakaPilihPN

PerikatanNasional

KerajaanPrihatin

AbahSayangMelaka

MelakaSayangAbah

TolakPH