Beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dikatakan antara yang membantah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk meluluskan pemberian tanah premium dan rumah mewah kepada Datuk Seri Najib Razak.

Melalui sumber yang rapat dengan beberapa anggota Kabinet memberitahu selain Tengku Zafrul, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada Bersatu, Khairy Jamaluddin (UMNO) dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas), turut menyuarakan bantahan.

Namun tidak ada pengesahan yang diperoleh daripada mereka berhubung bantahan tersebut.

Terdahulu Tengku Zafrul sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat mengesahkan, kerajaan menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.

Tamat