Biar sedikit, halal, bersih, itu prinsip anak muda kini. Anak muda hanya hanya akan memilih calon yang mempunyai prinsip menolak rasuah.

Sejarah rasuah tidak pernah memberi kebaikan, ianya hanya menghancurkan institusi negara dan bangsa. Namun ada daripada kita sanggup memilih perasuah sebagai pemimpin.

Jawapannya senang, “mereka sudah lama memerintah, takkan nak bagi orang baru”. Walhal orang baru lebih mempunyai komitmen lebih baik.

Sebab itu adalah perlu kita mencari pemimpin yang berintegriti, kerana intergriti itu dibina, diamalkan bukannya berdasarkan pengalaman.

Generasi baru memang mahukan perubahan, lebih telus, bersih dalam pemerintahan.

“Orang muda macam saya ni ustaz, kita pilih yang bersih, takde rasuah.”

Anak muda adalah aset negara. Dengan keadaan politik negara kini buat anak muda berfikir panjang siapakah bakal pemimpin yang akan bersama mereka. Perikatan Nasional dengan misi ‘Kepimpinan Bersih & Berintegriti’ amat sesuai dengan hati anak muda. Ayuh anak muda, kita buat perubahan. Bersama keluar mengundi. Undilah Perikatan Nasional. Saya calon No 5.

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Calon N21 – Duyong
Pesuruhjaya PAS Melaka
Mantan Penasihat Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka

‘Kepimpinan Bersih & Berintegriti’

#MelakaPilihPN
#KeluargaDuyong
#KerajaanPrihatin
#PerikatanNasionalPrihatin