Pengisian ilmu sentiasa mendidik anak bangsa amat penting terutama sekali mahu menjadikan mereka sebagai generasi berguna.

Mereka merupakan pewaris bangsa, anak cucu yang akan dicorakkan mengikut hala tuju kita sendiri tanpa mengikut telunjuk anasir luar.

Anasir luar semahunya mahu menempatkan pengaruh mereka dalam pendidikan akar rumpun kita semua. Mereka mahukan anak kita menjadi seperti mereka.

Komunis mahukan bangsa ini mengikut ideologi komunis, siosalis mahukan pengikutnya, dan berbagai lagi mahu mencorak anak cucu kita.

Jadi kita perlu ambil jalan ini, perjuangkan nasib anak cucu menggunakan acuan kita sendiri bertongkatkan akidah serta budaya. Ini menyebabkan saya terus berjuang untuk anak cucu,” kata Calon N21 – Duyong, Datuk Kamarudin Sidek.

“Ustaz. Terima kasih kerana jadi calon. Mudah untuk kami pilih. Ustaz banyak jasa didik anak cucu kami di Duyong.” terkejut saya bila dibisik ke telinga seusai solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Semabok.

Terima kasih juga kerana diberi peluang mendidik dan membentuk anak kita semua. Amanah ini sangat berat tetapi kita cuba sebaiknya. Terima kasih atas kepercayaan ini.

Keluarlah mengundi. Undilah calon Perikatan Nasional. Saya calon No 5, N21 Duyong. Tetapkan hati kita. Kuatkan diri kita.

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Calon N21 – Duyong
Pesuruhjaya PAS Melaka
Mantan Penasihat Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka
‘Kepimpinan Bersih & Berintegriti’

#MelakaPilihPN
#KeluargaDuyong
#KerajaanPrihatin
#PerikatanNasionalPrihatin