Melaka suatu ketika pernah wujud sebagai satu pusat Ilmu serta pusat berkemahiran tinggi. Ini dibuktikan melalui tinggalkan teks-teks sejarah dapat kita ambil sejarah luar.

Kehebatan teknologi silam Melaka antara yang hebat ialah, pembinaan kapal-kapal besar dikenali sebagai Jong, peleburan serta pembuatan besi, teknologi senjata ilmu pelayaran, astronomi, dan sebagainya.

Ilmu agama juga berkembang pesat di negeri ini pada tersebut, datang pedagang Arab contohnya turut bertindak sebagai penyampai ilmu Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah.

Mereka ini para ilmuan lebih mudah dikenali sebagai para professional serta ahli pemikir yang mampu membangunkan peradaban dunia.

Inilah yang kita mahukan, seiring zaman kini, Calon DUN Duyung Datuk Kamarudin Sidek mempunyai visi ini untuk dibawa menggemudi anak muda serta para professional tempatan.

Yakin dan percaya, kita tidak ketandusan professional tempatan, tapi kita sebelum ini kurang menetengahkan mereka. Oleh itu, menjadi keperluan untuk membawa mereka ke bariasan hadapan supaya dapat berbakti kepada negara.

Sebagaian daripada mereka pengamal perubatan, pereka cipta, juruukur, penyelam professional, jurutera, serta yang berada di bidang pertanian juga tak kurang hebatnya.

Oleh itu adalah penting bagi kita semua menubuhkan satu Jawatan Kuasa Khas dalam kalangan anak jati duyong yang ada pengalaman dan profesional sebagai ahli pemikir untuk membincangkan bagaimana untuk membanggunkan Duyong.

Hanya anak tempatan sahaja yang akan menjadi pemantau. Ini penting kerana anak tempatan semestinya mempunyai jati diri yang kuat mahu membangunkan tempat tanah tumpah darahnya.

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Calon N21 – Duyong
Pesuruhjaya PAS Melaka
Mantan Penasihat Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka
‘Kepimpinan Bersih & Berintegriti’

#MelakaPilihPN
#KeluargaDuyong
#KerajaanPrihatin
#PerikatanNasionalPrihatin