Pakatan Harapan dan Barisan Nasional makin bimbang apabila satu statistik kajian lapangan menunjukkan semakin ramai penduduk Melaka menolak BN dan PH akibat berbagai janji tidak tercapai dan tidak telus.

Kajian yang dibuat oleh firma bebas itu menunjukkan kemenangan akan berpihak kepada Perikatan Nasional yang mempunyai rekod bersih semasa pemerintahan dan takbir urus dihajati rakyat semasa tempoh pendamik COVID-19.

Kebanyakkan rakyat mahukan pemerintahan semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri apabila nasib rakyat diutamakan.

Sementara itu, jumlah pengundi yang telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meningkat kepada 43 peratus setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan 70 peratus daripada 476,037 pengundi berdaftar yang layak mengundi bagi PRN Melaka hari ini keluar mengundi.

Proses pengundian di 217 Pusat Mengundi PRN Melaka bermula pada pukul pada pukul 8 pagi tadi dan akan tamat pada pukul 5.30 petang ini

Tamat