Adakah kita masih ingat kesengsaraan pada zaman PH, betapa direndah-rendahkan mertabat orang Melayu, Islam dan Bumiputera.

Allah juga telah berfirman , “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat),” Surah Al-Rum ayat 41.

Ingat lagikah kita betapa biadapnya mereka, menceroboh masuk hutan simpan semata- mata untuk membuat ladang durian haram, membolot hasil balak, bersekongkol dengan warga asing untuk dijadikan pekerja mereka.

Akhirnya berapa banyak lagikah rizab Melayu tergadai hanya kerana mahu memuaskan hawa nafsu mereka. Mereka cukup tamak, penuh haloba, membolot hasil bumi ini

Bukankah kita yang memperjuangkan kemerdekaan, ramai mereka telah gugur syahid dahulu, melawan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan akhirnya komunis.

Tapi golongan ini mahu pula angkat komunis sebagai pejuang negara. Lupakah mereka siapa Chin Peng pengkhianat membunuh ratusan tidak berdosa semata-mata ideologi songsang komunis yang bertapak di negara China.

Tidakkah kita sedar akhirnya benih-benih Chin Peng ini akhirnya berada negara yang dipanggil DAP kini?

Namun jangan lupa siapa yang mengkhianat negara, kartel kartel tangan penuh tahi rasuah selama 64 tahun. Bukankah UMNO terpalit dengan rasuah? Presiden masih diselubungi isu rasuah mahkamah.

Tangan tahi ini menghidup amalan rasuah ini sehingga sukar membuang akarnya di kalangan mereka itu.

Jangan bila nasi sudah menjadi bubur baru nak melompat. Kita pernah ditipu, kepercayaan rakyat dihenjak-henjak dengan kaki mereka.

Allah memberi peringatan keras terhadap mereka yang menghulur rasuah dan pemakan rasuah.

“Dan janganlah kamu makan harta orang lain antara kamu dengan jalan yang batil, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim supaya kamu dapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya” Surah Al Baqarah 118.

Jadi buat pilihan bijak, depan mata anda dihidangkan tiga dulang, dulang beracun, dulang tahi najis, dan dulang dan dulang susu mahupun madu.

Pilihlah susu, susu itu, bersih, segar. Manakala madu semestinya menyihatkan sifatnya, merawat segalanya dari dalam dan luar.

Nilaikan dengan rekod, walaupun berlaku kejatuhan ekonomi akibat pendamik COVID-19, ekonomi berjaya pulih sedikit demi sedikit, bantuan terus diberi supaya rakyat masih dapat mengisi perut.

Kita dapat rakyat bersatu, tanpa mengira bangsa, warna kulit, serta agama, dengan rekod sifar daripada rasuah.

Tamat