Nasib PKR seumpama janda beranak lapan bergantung tidak bertali apabila ditinggalkan oleh DAP sebegitu hanya kerana kalah semuanya kerusi DUN ditandingi semuanya kalah.

Lebih memilukan semua percaturan dibawah tangan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tumpas di semua 11 kerusi ditandingi seolah-olah menunjukkan masa depan parti itu yang bakal ranap akibat hilangnya kepercayaan rakyat.

Trend sekarang ini seakan-akan mahu meletakkan PKR betul-betul dibawah telunjuk DAP kali ini. PKR tidak lagi punyai majoriti undi, mungkin selepas ini PKR akan dilihat menjadi sekadar balaci poster mahupun akan ditendang keluar daripada Pakatan Harapan.

Tiada lagi harapan untuk PKR, PKR perlu bergerak solo kerana kerjasama mereka tidak membuah sebarang kejayaan. Walaupun DAP berjaya mempergunakan pengundi PKR, DAP kelihatanya mempunyai stategi sulit dalam usaha makan seorang diri.

Yang tergadai akhirnya maruah diri, bangsa dan juga undi kerana memberi kepercayaan penuh kepada DAP.

Tamat