11 individu terpaksa berhadapan dengan detik mencemaskan apabila terkandas dalam tragedi kepala air di kawasan air terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali menghala ke Genting, lewat petang Isnin sebelum diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.27 malam Balai Bomba Dan Penyelamat Bukit Sentosa segera ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa.

Menggunakan teknik strategi serta anggota bomba pantas menyelamatkan mangsa terperangkap akibat situasi kepala air yang hanya bermula apabila hujan mulai lebat.

Menurut Ketua Bomba Dearah Hulu Selangor, Penguasa Kanan Ii, Samsol Maarif Saibani, sebaik pasukan tiba pada jam 7.40 malam, didapati kejadian kepala air telah berlaku di Sungai Pinang susulan hujan lebat di lokasi sejak petang.

“Pasukan bomba dan penyelamat daripada balai bomba kuala kubu bharu serta balai bomba bukit sentosa telah menyelamatkan 11 orang mangsa yang terpangkap oleh kepala air di Sungai Pinang di kawasan Jalan Genting – Batang Kali.


L“Anggota bomba terdiri dari empat orang pegawai dan 10 anggota dan telah berjaya menyelamatkan mangsa yang dianggarkan berusia daripada umur 1 tahun sehingga umur 64 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki dan tiga perempuan, serta seorang lelaki dewasa dan dua wanita.

Operasi ditamatkan kira kira jam 9.30 malam dan tiada mangsa yang cedera.

Tamat