Paluan gendang perang semakin kuat bergema, kalau tidak ada pemukulnya mestikan ada bunyinya. Belum reda lagi Pilihan Raya Negeri Melaka, sudah berbunyi gendang perang selatan dan seberang laut sana.

Tidak nampak lagi rakyat yang mahu bersuara, tetapi kelihatanya si pemimpin yang panas punggung diasak dan mahu mengekalkan kuasa sementara PRU 15.

Perkara berkenaan diakui sendiri oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesediaan PH itu bagaimanapun berlandaskan bentuk persaingan yang lebih harmoni.

“Kita bersedia (untuk PRN Johor) seperti kita bersedia di sini (PRN Melaka),” katanya sebelum PRN Melaka,” katanya.

Nampaknya PKR semakin kehilangan kuku dan taring selepas tewas tanpa kerusi di PRN Melaka. Tak pasti siapa pergunakan siapa samada PKR kudakan DAP, ataupun DAP kudakan PKR.

Walaupun SPR sudahpun mengeluarkan beberapa isyarat awal, PRN Sarawak dijangka diadakan bulan depan berdasarkan makluman pembatalan darurat oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 4 November lalu.

Mesyuarat berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diadakan pada 24 November ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat itu akan diadakan di sini, bermula jam 9 pagi.

Semestinya semua panglima perang sudah mempersiapkan segala bala tentera dalam usaha mendapatkan undi walaupun menggunakan kaedah SOP baru.

Tamat