“Saya tak mau kata apa dah ! Kita akan buat ikut bidang kuasa dan undang-undang sedia ada,” itu kata Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika DAP menentang isu judi.

Beliau bertegas Kedah tetap dengan keputusannya tidak lagi mengeluar dan membaharui lagi lesen premis judi di negeri ini.

Minggu lepas Sanusi mengumumkan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan memperbarui lagi lesen premis judi di negeri itu.

Keadaan itu menyebabkan pemimpin DAP melompat seakan beruk di jalanan apabila kerajaan negeri kerana enggan memperbaharui lesen perjudian.

Bagaimanapun usaha terbabit ditentang pembangkang terutamanya DAP apabila turut membantu empat individu yang mahu mencabar tindakan kerajaan negeri kerana enggan memperbaharui lesen perjudian.

Individu terbabit diwakili pemimpin DAP Ramkarpal Singh, yang juga menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah itu sebagai tidak munasabah.

Sanusi juga berkata, beliau membuat keputusan itu berdasar undang-undang.

“Kelantan dan Terengganu juga membuat tindakan serupa. Tiada pun halangan untuk mereka mengambil tindakan menutup premis judi,” katanya pada kenyataan baru-baru ini.

Tamat