Masih tak faham, apa yang dibimbangkan oleh Lim Kit Siang. Berbagai ideologi cuba dibawa masuk, berbagai pepecahan cuba dilakukan, sehinggalah mahu memisahkan Pantai Barat dan Pantai Timur.

Dendam apa lagi yang mahu dia balas, adakah disebabkan kerana mengagalkan ideologi komunisma dari tanah tanah besar China, ataupun mahu membalas dendam akibat kematian komunis yang diburu pihak berkuasa.

Tolong ingatkan generasi kini yang kini tidak mahu mengenang sejarah, semasa rusuhan 1969, Lim Kit Siang pernah cuba memisahkan semenanjung kepada 2 iaitu Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada Cina.

Tan Sri Hanif Omar mengimbau pada ketika itu Parti Perikatan telah membentuk gabungan Barisan Nasional berikutan rusuhan kaum 1969. “Masa itu Parti Perikatan bentuk Barisan Nasional sebab pada masa itu negara kita hampir hancur. DAP pula minta Malaya dibahagi kepada dua.

“Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada Cina. Jadi jawapan saya macam mana? Saya masukkan Lim Kit Siang dalam penjara.

“Dua tahun dia dalam tu. Itu cara dia cara Hanif ambil tindakan semasa menjadi Ketua Polis Negara,” katanya, pada suatu majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam,”.

Walaupun itu kisah 1969 tetapi apa bezanya ketika mereka PH memerintah negara selam 22 bulan. Apa DAP buat ketika itu adalah cuba menandatangani ICERD dan Statute Rom untuk mengubah perlembagaan negara.

DAP turut mencabul undang-undang negara dengan menjalankan keadilan secara membabi-buta sehingga kes pembunuhan Muhammad Adib dibiarkan begitu sahaja dan kes pengganas LTTE dari ADUN DAP mendapat pembelaan penuh DAP.

Lim Guan Eng semasa jadi Menteri Kewangan sengaja cuba membuat firesale semua aset melayu islam dan memindahkan aset Tabung Haji keluar malah membuat pinjaman luar diketika kewangan negara kukuh. Apa motifnya? Sedangkan Tabung Haji adalah hak milik penuh orang Islam Malaysia.

Itu belum termasuk kebiadapan DAP dan NGO di bawah DAP menghina raja-raja melayu malah menghasut orang melayu yang taksub supaya jangan takut untuk menjadi sedemikian. Malah jika ditangkap DAP akan tampil membela.

Jarum demi jarum ideologi songsang mula dicucuk secara perlahan-lahan supaya anak cucu hilang adab budayanya dengan ikrar hak sama rata antara agama dan bangsa.

Perkara ini perlu sentiasa dilagukan supaya anak cucu kenal siapa DAP yang masih mempunyai tunjang kuat bagi menubuhkan negara dengan fahaman mereka sendiri.

Tamat