Ramai di kalangan pemimpin DAP masih lagi enggan enggan menerima kontrak sosial yang telah dipersetui sekian lama, Nga Kor Ming mula membangkit itu kini.

Menurut kenyataan pemimpin DAP, itu pihaknya mahu supaya rakyat yang lahir selepas merdeka diberi status Bumiputera dilihat mungkin mahu menghidupkan semula semangat Mei 1969.

Ahli Akademik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ucapan sama juga pernah dibuat oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang semasa menjadi calon Parlimen Bandar Melaka pada PRU3 menerusi satu surat terbuka.

“Kita mahu Cina, Inggeris dan Tamil menjadi bahasa-bahasa rasmi, supaya mereka boleh digunakan dalam ucapan-ucapan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, surat-menyurat kerajaan, notis-notis awam, dan lain-lain.

“Kita mahu Perikatan berhenti memisahkan rakyat kepada ‘bumiputera’ kelas pertama dan ‘bukan-bumiputera’ kelas kedua,” ujar Kit Siang dipetik semula Dr Kamarul dari surat bertarikh 7 Mei 1969 itu.

Kata pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, semua pihak tahu perkara yang berlaku selepas berakhirnya PRU3 tersebut dan mempersoalkan kemungkinan Nga Kor Ming mahu menghidupkan semula semangat tersebut –

Tamat