Akibat gagal memberi maklum balas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April harta milik Muhammad Sajjad kini lelong.

Ini keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar gantirugi kepada OWA Resources sebanyak RM200,000

Perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources.

Penyitaan dan penjualan dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Kota Damansara, Selangor.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili Nurwati dan Syakir berkata, anak-anak guam fokus untuk mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.

Menurutnya, barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

“Writ penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini,”

“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” katanya.

Tamat