Tidak selesai di padang, kemenangan ini turut diraikan seluruh Malaysia termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut berseloroh berjenaka.

“Sapa ada gambaq rimau jalan tersipu-sipu”.

Turut dibawa berita itu sehinggi ke Mesir semasa Majlis Bersama Anak Kedah, dengan pantun yang begitu menambat hati penonton.

“Adalah dari Kedah ke Singapura, Singgah di KL membeli gula, Saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola,”

Begitulah adat permainan bola sepak negara, namun semangat kesukanan tetap dihati, lawak demi lawak diraikan sebagai sampingan menceriakan suasana tegang di padang.

Kuala Lumpur City (KL City) FC akhirnya membenam JDT dengan 2-0 sehingga mampu membuatkan wajah-wajah peminat arena bola sepak tempatan tersenyum puas.

Senario dan landskap sukan ini nyata berubah selepas kini JDT dilihat mampu dikalahkan dengan budak baru KL City yang memasang angan-angan hampir 32 tahun lalu.

Tamat