Ibu-bapa panik bagaikan diserang halilintar apabila 60 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya kini didapati positif COVID-19.

Mereka yang positif pendamik berkenaan kini dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, semalam

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, berkata baki pelajar masih ditempatkan di asrama menunggu ujian saringan COVID-19 dilakukan untuk mereka.

Beliau melakukan tinjauan ke sekolah berkenaan semalam.

Terdahulu tular mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.

Ibu bapa pelajar mendesak ujian saringan ke atas anak mereka dijalankan segera supaya pelajar dengan keputusan ujian negatif boleh pulang ke rumah. Radzi berkata, mereka yang menjadi kontak rapat juga dikuarantin.

Tamat