Satu usul Pindaan Perlembagaan 25 November lalu berkenaan pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas sudahpun diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pindaan Perlembagaan berkenaan itu telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh mula berkuat kuasa.

Sebelum ini, cadangan pindaan itu sudah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, namun tidak dilaksanakan.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar penurunan usia pemilih kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Disember atau kerajaan boleh dikenakan tuduhan menghina mahkamah, jika gagal berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan selewat-lewatnya 31 Disember ini.

Pelbagai perhimpunan di bawah gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Undi18, diadakan sejak tahun 2016 yang menuntut agar hak kira-kira 1.2 juta pengundi belia tidak dinafikan.

Tamat