Rantaian pelajar positif pendamik COVID-19 menunjukkan trend semakin meningkat, perkara ini sangat membimbangkan ibu-bapa.

Terbaru jangkitan ini menyerang seramai enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin mengesahkan mengenai perkara tersebut dalam satu kenyataan pada hari ini.

Menurutnya, kes tersebut merupakan Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik yang dilapor pada 29 November lalu.

“Ya, benar (enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar positif Covid-19).

“Kes ini merupakan kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik,” katanya ringkas kepada media tadi.

Tamat