Tiga warga Bangladesh cedera apabila berlaku letupan di tempat pengisar arang batu dalam kejadian di sebuah kilang simen di Gopeng dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.40 pagi.

Katanya, kejadian melibatkan kebakaran tempat pengisar arang batu yang menyebabkan letupan kecil hingga mencederakan tiga pekerja.

“Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an cedera di bahagian tangan dan dada manakala lelaki warga Bangladesh pula cedera ringan.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan di lokasi kejadian dan tamat pada pukul 8.50 pagi.

Tamat