Kuching – Jentera kren pembinaan tumbang lalu menyebabkan pemandunya maut akibat tersepit sehingga menyebabkan mayatnya terputus kepada dua bahagian di Jalan Petanak, di sini, semalam.

Mangsa, Manggi Nanjus, 51, mangsa ditemui mati secara mengejut di bawah jentera berkenaa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebahagian anggota badan berjaya dikeluarkan.

Beliau berkata, sehingga jam 9.30 malam, usaha masih dijalankan bagi mengeluarkan sebahagian lagi anggota badan yang tersepit di bawah jentera berat itu.

“Kontraktor sedang mengorek dari bawah disebabkan kren berkenaan tidak dapat ditarik untuk diletakkan seperti pada kedudukan asal bagi mengeluarkan sebahagian lagi anggota badan mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.21 malam.

Berikutan itu, 10 anggota dari Balak Bomba dan Penyelamat Padungan dikejarkan ke lokasi.