Seorang pegawai polis Arizona dipecat setelah didakwa menembak seorang suspek yang mengunakan kerusi roda.

Polis Arizona berkata, Ryan Remington, seorang veteran polis di Tucson, dipecat kerana menggunakan kekerasan melampau setelah dilapor menembak Richard Lee Richards yang berusia 61 tahun sebanyak sembilan kali.

“Saya sangat terkejut dengan tindakan Pegawai Remington kerana menggunakan kekerasan yang menyebabkan kematian. Kejadian ini, jelas telah melanggar dasar jabatan dan secara langsung bertentangan dengan pelbagai aspek penggunaan use of force,” kata Ketua Polis Tucson, Chris Magnus dalam satu kenyataan.

“Akibatnya, jabatan itu mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pegawai Remington,” tambahnya, Pejabat Peguam Daerah Pima akan menyiasat kes tersebut.

Datuk Bandar Tucson, Regina Romero (D) berkata, tindakan Remington “tidak boleh dimaafkan dan tidak beretika,” menurut The Associated Press.

Sementara itu, peguam Remington, Mike Storie, mengakui bahawa anak guamnya mempunyai pilihan yang tidak menyebabkan kematian semasa konfrontasi.

“Dia memang memiliki taser, tetapi dalam fikirannya, dia tidak dapat menggunakannya kerana jarak antara dia dan Richards,” kata Storie, menurut AP.

“Kejadian itu berlaku pada malam isnin semasa Remington sedang melakukan “tugas khas” di Walmart,” jelas Magnus.

Richards didakwa mencuri toolbox memyebabkan Remington dan seorang pekerja Walmart mengikutinya dan meminta resit darinya, menurut kenyataan polis.

“Inilah resit saya,” kata Richards, sambil mengeluarkan pisau sambil menuju ke kedai lain.

Remington kemudian mendakwa menyuruh Richards menjatuhkan pisau dan meminta dia tidak masuk ke kedai, tetapi Richards berkata, “Sekiranya anda mahu saya meletakkan pisau, anda harus menembak saya,” kata pekerja Walmart.

Ketika Richards terus mendekati pintu masuk kedai, Remington dilaporkan terus menembak Richards sehingga jatuh dari kerusi roda dan meninggal di tempat kejadian. – AP