Situasi pendamik COVID-19 terhadap pelajar semakin bimbang, selepas Sekolah Sri Puteri, kini 24 orang pelajar Politeknik Sandakan disahkan positif Covid-19 lalu mencetus kluster Sungai Batang, Sandakan

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks kluster itu melibatkan seorang pelajar lelaki tempatan berusia 19 tahun yang menuntut di Politeknik Sandakan.

Pelajar tersebut mula bergejala demam dan batuk sejak 12 November lalu dan dikesan positif melalui saringan kit ujian pantas (RTK) antigen di klinik swasta pada hari yang sama.

“Saringan kontak rapat terhadap 29 pelajar serta dua kakitangan mendapati terdapat 24 kes positif bagi kluster ini termasuk 11 kes baharu dalam kalangan pelajar asrama institusi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 pada Rabu adalah sebanyak 467 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 233,700 kes.

Tamat