Teresa Kok, ikon menentang perpaduan di Malaysia, sekali lagi mempertikaikan pemberian cuti khas untuk Wilayah Persekutuan selepas pasukan KL City FC menjuarai Piala Malaysia pada Selasa lepas.

Wajah seperti ini sentiasa mencari titik pepecahan dalam masyarakat kini mulai merepek di Dewan Rakyat tadi.

Bukankah sukan menjadi agen terbaik ke arah perpaduan kaum, perkara sebegini perlu dilantunkan berkali-kali ke atas kepalanya Teresa Kok supaya dapat hadam perlunya semangat kesukanan dan penyokong pasukan.

Menurut Teresa Kok, bukan semua orang minat bola sepak dan bukan semua orang memerlukan cuti tersebut.Teresa berkata, Kuala Lumpur adalah ibu negara, maka pengumuman cuti seperti itu harus dilakukan dengan lebih berhati-hati dan selepas konsultasi dengan banyak pihak.

“Kalau tidak, saya rasa sebagai kerajaan, kita boleh beri hadiah yang lumayan kepada pemain bola sepak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Rabu mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.

Ia susulan kejuaraan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam final TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan