Dalam usaha mengurangkan bebanan harga racun serta baja, kerajaan melalui isentif Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) kini menyediakan peruntukan tambahan buat petani.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Perdana Menteri mengumumkan beberapa tindakan intervensi bagi membantu petani dan pesawah yang terjejas.

” Alhamdulillah, kerajaan sangat prihatin dengan apa yang berlaku kini melibatkan golongan petani dan pesawah dalam usaha produktiviti agromakanan negara.

“Kerajaan kini melalui MAFI memperuntukkan dana RM200 juta sebagai pinjaman agromakanan pada kadar faedah sifar peratus dengan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan yang disediakan oleh TEKUN dan Agrobank.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM62 juta melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi subsidi dan insentif padi dalam Bajet 2022 dengan bantuan subsidi racun makhluk perosak untuk pesawah dinaikkan dari RM200 kepada RM300 sehektar semusim.

“Kementerian juga mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk kerajaan menawarkan insentif tambahan kepada petani yang terjejas. Cadangan masih di peringkat penelitian dan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kewangan,” katanya.

Tamat