Tidak sesuai dengan etika seorang guru apabila menafikan hak pelajarnya untuk bersolat di unit bangunan sekolah serta mengarahkan mereka bersolat di tepi jalan ketika musim sejuk.

Perkara berkenaan mengundang kemarahan penduduk di bandar Manchester apabila rakaman video berkenaan tular di media online.

Seorang pelajar terlibat berkata: “Kami sedang solat di dalam (sekolah) dan seorang guru masuk memberitahu kami tidak dibenarkan solat. Dia menghempas pintu dan kelihatan marah. Kami sudah lama mempunyai surau dan guru-guru membenarkan kami pergi ke surau itu untuk solat”.

Pihak sekolah mendakwa telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Ketua Majlis Tempatan, Arooj Shah berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai isu itu dan bertindak pantas mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah.

“Setelah bercakap dengan pemimpin sekolah, mereka memohon maaf,” katanya.

Tamat